Cepat sayang pergi .. Persiapan kahwin dah siap kita terpisah selamanya (8 Gambar)
Cepat sayang pergi .. Persiapan kahwin dah siap kita terpisah selamanya (8 Gambar) – Seremban : Hancur luluh hati baru semalam berjumpa bincang soal majlis kahwin lagi 2 bulan akan berlangsung, melangkah nya diri mu untuk pulang rupanya buat selamanya. Semua persiapan perkahwinan sudah siap, tanpa diduga, Allah SWT lebih menyayangi mu,kata seorang daripada keluarga Aliff Ashraf Rosli, 24, yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 269.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, berhampiran hentian Rehat dan Rawat Seremban.
Cepat sayang pergi .. Persiapan kahwin dah siap kita terpisah selamanya (8 Gambar)
Dalam kejadian 12 tengah malam semalam, mangsa maut di lokasi kejadian selepas parah di kepala dan anggota badan.
Menurut ahli keluarganya yang enggan dikenali, Aliff bakal mendirikan rumah tangga awal Disember ini bersama pasangan Nurul Syaza Rosli, 24.
Katanya, Aliff yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat di Cyberjaya sebelum itu cuti tiga hari untuk menguruskan persiapan akhir perkahwinannya.
“Semalam dia pulang dari rumah bakal bapa mentuanya di Tampoi pada 9 malam untuk kembali ke rumahnya di Putrajaya kerana mula bekerja hari ini.
“Saya tidak sangka itu kali terakhir saya bertemu dengannya sebelum nahas,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, semalam.
Difahamkan, kemalangan berlaku apabila Proton Iswara dipandu dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah belakang.
Timbalan Ketua Polis Nilai Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, akibat kejadian itu, kereta mangsa hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta lain.
“Kereta mangsa terbabas dan masuk ke laluan paling kiri sebelum dirempuh sebuah treler di lorong berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Azrul Hisham berkata, akibat kejadian, kereta mangsa remuk di bahagian hadapan dan belakang.
“Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya. Al fatihah. – beritasayu
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima KasihKredit: Sehinggit
0 Response to "Cepat sayang pergi .. Persiapan kahwin dah siap kita terpisah selamanya (8 Gambar)"
Catat Ulasan